Rumah hijau, atau rumah kaca ialah satu bangunan yang diperbuat
daripada kaca atau plastik yang membolehkan penanaman yang terlindung dan
terkawal. Haba dari cahaya
matahari yang menembusi strukturnya yang lutsinar memanaskan
tumbuh-tumbuhan dan tanah di dalamnya. Selain itu, udara di dalamnya turut
dipanaskan dan kekal tanpa boleh terlepas keluar daripada bangunan ini.
Bangunan ini dibina dalam pelbagai
bentuk dan peranan. Dalam industri asa tani, misalnya, ia dibina dengan saiz
yang besar dan dilengkapi pelabagai peralatan moden bagi mengawal dan
menggalakkan pertumbuhan tanaman di dalamnya. Kaca atau plastik
yang digunakan pula bekerja sebagai
bahan perantaraan yang membenarkan perpindahan (atau "pembebasan")
sinaran pada frekuensi tertentu. Kesannya ialah, tenaga yang
masuk "dijerat" di dalamnya untuk memanaskan tanaman, dan tidak boleh
keluar bebas daripada rumah hijau ini.
Rumah hijau sering juga digunakan
dalam industri seni taman
dan juga untuk tujuan penyelidikan.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Rumah_hijau